Saturday, September 26, 2009

Sambutan Kehampaan Tahunan g8, bahagian dua

Kekecewaan memulas titisan peluh utk mghadiri parti yg tdk memuaskan.

Destinasi seterusnya, dimanakah? sudahkan misai rancang sesuatu yg sebegini awal2? Misai hanya berjaya mengumpulkan kami yg setia kpd g8, ttp gagal melaksanakan aktiviti2 yg dijanjikan. Malang tdk berbau, kereta puja nazak dijalanan. beberapa kali juga. siap main 'hide and seek' kat dataran jalan raya pula. misai menunjukkan heronya, kredibiliti, kepakaran 'engineering'nya, utk mghidupkan kereta puja. Oh, dah buat salah, pandai pula ingin menabur jasa? Licik sungguh adeganmu misai, ttp tdk selicik tahap kecekapan mindaku utk mentafsir peraturan strategi permainan mu. Kereta si puja pula, berfungsi selaras tuannya, baguslah.

Aiman sudah ingin beransur pulang.Katanya ke rumah makcik nya. Hal penting. Apalah agaknya projek antara aiman dan makcik nya ya? Mungkin sekadar taktik utk melepaskan diri dr kebosanan roda agenda misai. Puja pula berangsur kembali ke tmpt tinggalnya. Yang tinggal; aku, misai dan miyoi. Kekecewaan ini hanya dpt diubati jika misai dpt berbakti kpd kami buat masa-masa terakhir ini. Penat aku dan miyoi membelitkan kata-kata memberi cadangan kpd si misai utk belanja kami shisha, harapan terakhir kami utk program kali ini, agar kami juga tdk pulang dgn memori kosong seperti yg dialami aiman dan puja.

Singgah kami ke kedai mamak tepi jalan di Bangi. Sesak. Penuh dgn anak muda-mudi berpacaran menyaksikan perlawaan bola, mungkin ini satu trend riadah pasangan merpati sejoli zaman kini. Harap dgn izin ibu bapa merekalah kalau iya pun. Dgn berbekalkan rokok Dunhill Light Menthol Puja yg tdk lalu dihisap, dan rokok Marlboro Light misai yg memualkan miyoi, kami melahap santapan tdk igt dunia. Maklumlah, perut dah berkeroncong, barbeku yg dijanjikan hanya omong-omong kosong. Misai membelasah nasi lemak dua pinggan dgn telur mata. Aku membelasah mee goreng basah telur mata yg tdk menjadi dan nasi lemak telur mata. Miyoi pula dgn mee goreng dua pinggan. Kenyang habis. Walau hal demikian, sewaktu membuat bayaran, tiba2 miyoi terlupa yg dia telah order dua pinggan, yg dibayarnya satu je. Telur mata pun tiada satu pun dibayar. Alangkah indah kalau tuan mamak tu sahabat baik miyoi. Mcm manalah peniaga Malaysia nak maju? Doakanlah rezeki yg kami dpt ny halal, insyaAllah.

Tamatlah perjalanan agenda kami pada hari ini. Pulanglah miyoi, kita hanya boleh berharap aktiviti seterusnya lebih baik dr yg ini. Aku pula ke rumah misai yg mana Jagong buat kali pertama diperkenalkan kpd famili misai. Nice meeting all of you.

Reported by Jagong.

-p/s: desktop misai tak boleh lawan aku desktop aku!

Sambutan Kehampaan Tahunan g8, bahagian satu

Hampa. Gagal. Mahu melihat bunga api di lautan angkasa, hanya dpt melihat segumpal tahi cicak jatuh ke bumi. Metafora apa yang sedang dimaksudkan ini? Barangkali hanyalah luahan yang masuk ke telinga kanan misai, tanpa diproses di otak dahulu, terus keluar ke telinga kiri.


Parti Raya Tahunan G8, gah hanya pada nama, isinya hampa. Sedih memikirkan bagaimana apa yg telah dirancang sejak beberapa minggu yang lalu, menjadi bubur untuk dimakan ayam-ayam. Dedak-dedak yg berusia lamanya pun ayam tidak lalu makan, apatah janji2 misai yg kami ahli g8 yg lain masih mempunyai segelumit harapan bahawa "Kali ini dia mungkin akan berjaya. Apa kata kita bagi misai satu lagi peluang."

Dah nama orang berbangsa Melayu, bila mahu sedar? Aku menggorak langkah keluar dari dewan peperiksaan, maklumlah, baru sahaja menjawab kertas CHEMISTRY LAB yg mudah itu. Bergegas aku menelefon Aiman agar menumpangkan minyak keretanya sbg medium transportasi aku. Jam 5.00 ptg, waktu yg dijanjikan bermulanya parti - dah kata nak awal sgt - aku masih berlegar2 dihadapan universiti tempat aku menimba ilmu dalam baldi, menanti saat bas Metro menuju pantas kearahku. Namun, aku kesuntukan masa jua, ampunkanlah aku. Setibanya di KLSentral, melekit, berpeluh, bermonolog "Dimanakah Aiman?". Ditempahnya Winston 18 yg duitnya aku tunggu hingga kini. Setibanya Aiman berbaju Melayu biru, baru lepas tahlillah kata, harap2 begitulah, menuju kami ke Kajang, daerah jajahan misai, sambil membincangkan apa agenda sebenar misai disebalik perjuangan utk memulihkan kembali g8 katanya, kononnya. Dgn usaha yg bagaikan presiden di sebuah persatuan yg menyamatarafkan semua ahli2nya, sambutan parti raya g8 yg disebalik pemikiran kami merupakan sambutan yg misai sendiri anjurkan utk mengagongkan namanya selaku presiden g8. Sungguh tinggi cita2 nya, mungkin dalam pelajarannya juga begitu. Apa yg hakikatnya berlaku, kemerosotan g8 yg hakikilah yg dia telah akibatkan. Menanti darurat seluruh pelusuk negara, kerajaan pusat mengambil kesempatan menguasai semua tanpa sebarang persoalan. Begitu mudahkan sendiri-mengaku-presiden ini cuba hendak takluki pemikiran liberal ahli2 g8?

Panggilan demi panggilan kami tujukan kepada misai dan miyoi yg sudah berada di tempat kejadian, tidak satunya dijawab. Sudah tiba di Kajang - dah bayar tol pun, guna duit aku, tol harga RM1.80, aku bayar RM2.00, tetapi tdk dpt baki 20 sen aku. Tidak mengapalah, namapun sahabat, terima kasih aiman - diberitakan misai, Noh Hujan dan puja sedang berpeleseran di pusat karaoke Allamanda Putrajaya. Menyanyikan lagu raya agaknya menantikan kehadiran kami. Lalu kami menuju disana, dgn muka2 bangganya mereka berdiri megah dihadapan aku dan aiman, digelapi dgn suasana malam. Inikah barbekunya? Inikah gadis cun sebelah rumah? Inikah satay Kajang, shisha dan duit raya? Perayaan tipikal sambutan rumah terbuka pada hari raya diberikan mereka nafas baru. Dengan nafas rokok masing2 yg tdk henti2 mengkabusi malam.

bersambung...
Reported by Jagong.

Monday, September 21, 2009

Perlembagaan G8: Cadangan suruhanjaya Misai

artikel no-

1: para 1: g8 mengamalkan sistem demokrasi terus (direct democracy. http://en.wikipedia.org/wiki/Direct_democracy ). bukan idealogi pengasingan kuasa. bukan common law atau sivil law. bukan beraja. bukan sosialis. bukan berdiktator. tapi musyawarah.
para 2: Mana-mana artikel yang bercanggah dengan artikel ini adalah batal.
para 3: artikel ini tidak boleh membatalkan artikel 2 dan 3 perlembagaan g8.

2: tiada ahli g8 yang berlapan yang boleh dibuang, keluar, ditambah, diganti (atau lebih dari satu perbuatan) dari/ke g8. plus one bukan g8.

3: mesti mengikut peraturan jika gagal berbuat demikian boleh didenda mengikut kuasa dalam artikel 1.

Sambutan Berbuka Puasa Peringkat G8

Khamis
17 September 2009 @ Hari ke-27 puasa
Midvalley Megamall, Kuala Lumpur

Sambutan Berbuka Puasa Peringkat G8

Sebagaimana hari, tarikh, dan tajuk yang tertera di atas ini, itu adalah maklumat untuk program telah dijalankan. Nampak meriah, gah, penuh ceria dan warna-warni, namun sedikit cokelat tahi tercalit di celah gigi-giginya (iras-iras gigi Jagung). Apa-apapun, sambutan ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun keadaan cuaca di sekitar Lembah Klang agak tidak memberangsangkan, ibarat kata pepatah, ”Ku sangkakan panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengahari”. Tapi lain sedikitlah daripada pepatah tu sebab hujan pada waktu petang. Mungkin Miyoi atau nama sebenar Noh Hujan sepatutnya datang supaya hujan dapat difokuskan kepada dirinya sahaja (ayat ini perlu diinterpretasi dengan baik supaya faham).

Baiklah, permulaan cerita, sambutan ini telah dicadangkan oleh ahli G8 sendiri dan disuarakan melalui pesanan khidmat ringkas atau SMS kepada semua. Sungguhpun begitu, masih ada ahli yang enggan menuruti arahan sepertimana tertulis di dalam SMS, apakah sebenarnya masalah mereka? Maklumat ketidakhadiran diselitkan dalam entri ini.

Kehadiran tidak berapa sedap didengar kerana ada individu yang sengaja tidak hadir. Jagung yang merupakan tulang belakang dan gigi G8 berasa kesal dengan tindakan sedemikian. Berpeluh, melekit dan berkutil mendengar permasalahan disiplin sedemikian rupa. Apalah nasib, bila ditanya kenapa tidak dapat hadir, ”Oh, korang ajak-ajak ayam”. Tidak disangka jadi begitu pula. Macam manalah ahli-ahli lain boleh datangkan kalau ajak-ajak ayam? Padahal SMS benda yang sama sahaja. Ha, lepas ini apa lagi Miyoi? Ajak-ajak Bobo pula? Apa-apapun tidak mengapa, jangan diulangi perangai yang sama kemudian hari.

Buat pengetahuan anda, seramai 5 orang ahli G8 telah hadir dan disertai seorang ’plus one’.

1.Hadir: Misai, Atokk, Aiman, Jagung, dan Pooja. ’Plus one’ ialah adik kepada Atokk.
2.Tidak Hadir: Hazwan, Moy dan Miyoi.

Hazwan tidak dapat hadir kerana masih berada di kampus beliau di Kuantan kononnyalah. Kata beliau, ”Oi cipsbuy, kate nak buat hari jumaat? Aku ingat jumaat dowh!” Kemudian, untuk menutup kesilapannya, telah dihantar sewasiat kemaafan kepada Aiman sahaja melalui SMS (seolah-olah kami tidak tahu bahawa dia kedekut kredit) yang berkaitan memohon maaf atas ketidakhadiran. Hazwan berjanji untuk berjumpa dalam perjumpaan seterusnya iaitu di Parti Raya G8 yang akan dikelolai oleh saudara Misaie buat pertama kalinya. Disamping itu, beliau juga menzahirkan kasih sayang dan tumpah setia kepada G8 walaupun tiada di sisi kami yang bersejuk-sejuk merokok di jambatan sambil Jagung menyorok-nyorok roti yang dibeli.

Kita pergi pula kepada Moy. Moy sebagaimana yang diketahui masih berada di Perlis, menjaga keamanan G8 Cawangan Utara dibawah jurisdiksi Ustad Syuk. Moy gagal dihubungi oleh ahli-ahli G8 yang lain. Dikatakan pada waktu itu beliau sedang bersiar-siar bersama Ustad Syuk menaiki Honda Wave di Arau menunggu rakaat kelapan habis supaya boleh pulang ke rumah. Moy seringkali dilihat mengganas dan memberikan ancaman kepada penduduk kampung sekitar. Sumber cerita: Jagung.

Akhir sekali, yang bermasalah, Miyoi atau Noh Hujan. Beliau berehat di rumah sahaja, tanpa memikirkan tentang rakan-rakan beliau di Midvalley. Alasan teragung yang dapat diberikan beliau adalah, ”Shiapakah!!! Apakah!!! Hye guys! I nak pegi Mid esok ouwkayy, nak dating you alls! So akew tak datang ouwkayy!” Kecewa, pedih, hancur musnah hati wira-wira G8 mendengar berita yang disampaikan oleh Misaie di Midvalley. Mungkin G8 tidak lagi dihati beliau. Harap-harap terbukalah hati beliau untuk mementingkan G8 selepas ini.

Tamat tentang kehadiran, apakah antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berada di Midvalley.

1.Menunggu ketibaan Atokk yang tidak muncul-muncul. Ada sumber mengatakan bahawa Atokk tidak tahu membaca papan tanda ke Midvalley.

2.Sementara menunggu Atokk dan adiknya tiba, kami semua telah berbuka di jambatan yang menghubungkan KTM dan Midvalley dengan rokok masing-masing dan setin air teh limau ditaja Aiman. Jagung cuba membeli roti secara sorok-sorok, namun tertangkap oleh mereka yang lain. Macamlah kami tidak dapat mengesan Jagung. Cubaan yang baik dilakukan oleh Jagung, namun masih tidak mencukupi. Perlu banyak ke ko-op lagi.

3.Menjemput Atokk di Gardens. Atok basah kuyup kerana hujan yang lebat. Kemudian kami membincangkan tentang tempat makan untuk berbuka yang sebetulnya. Atokk yg seolah-olah telah cukup ’KL’ kerana mengetahui selok-belok Midvalley.

4.Kami berbuka di medan selera Midvalley atas sekali. Pooja dan Misaie cuba untuk makan lari namun gagal selepas dikejar oleh pemilik kedai nasi briyani. Aksi kejar-mengejar mendapat perhatian ramai. Dalam pada masa yang sama, Pooja memegang sebatang rokok Pallmall Menthol. Hisap di kawasan berhawa dingin.

5.Kejadian merompak rokok oleh atok. Entah apa sebabnya, atok dan adiknya merompak rokok rakan-rakan g8 secara terbuka dan tidak berhati perut. Kira-kira lapan buah rokok telah menjadi mangsa.

6.Setelah makan, apa lagi, on di kawasan tangga sebelah toilet. Pelbagai perkara yang telah dibincangkan. Oh terlupa diberitahu, Perlembagaan G8 telah diwujudkan, artikel-artikel di dalamnya masih dalam perbincangan.

7.Kami menemankan Atokk dan adiknya membeli-belah raya buat kali terakhir sebelum mereka pulang ke Perak. Selapas itu, kami juga telah menemankan Pooja menghantar telefon bimbitnya yang rosak di Gardens.

8.Bersurai – mengikut pengangkutan masing-masing

Kesimpulannya, program telah dijalankan dengan baik, walaupun ada yang tidak hadir. Ada cadangan untuk memboikot Miyoi, tetapi pertemuan dan perbincangan tentang perkara ini akan diadakan kelak. Harapan, semua ahli G8 akan dapat berkumpul bersama, mengimbau kembali kenangan, telatah dan gelagat lucu ketika di MRSM Pasir Salak. InsyaAllah.

Agenda G8 yang seterusnya adalah:
Party Raya G8 yang berkemungkinan 25 atau 26 September 2009. Namun apa yang pasti akan terlaksana di rumah Misaie. Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh Aiman.

”Selamat menyambut hari raya Eid’ Fitr”