Wednesday, October 17, 2012

Pesanan terakhir untuk si anjing kesayangan.

HAZWAN
Dalam keheningan malam bersulamkan hujan dan dentuman guruh sendu, tersenyum sejenak mengelamun saat indah anak kecil dibawa bersiar di atas perahu warisan keluarga. "Maya, bila kamu dah besar nanti, ayah hendak kamu menjadi orang yang berguna kepada masyarakat kampung orang asli kita. Jangan jadi macam anak wak jomon, hari hari menyumpit llama demi semangkuk tuak." Masih terngiang-ngiang pesanan orang tuanya sehingga kini..

Dalam perjalanan melintasi rumah tok ketua luak, telefon bb yang lebih bijak itu bergetar. Itu lah satu2nya kawasan yang mendapat liputan telefon. Getaran itu tidak diendahkannya, takut mengganggu budak2 taman yang sedang memancing di lubuk seberang. "Ah, aku akan rindukan memancing bersama kalian."

MIYOI
"beg, baju, seluar, boxer, duit, passport". Masih lagi berpeluh mengemas saat saat akhir sebelum berangkat. "Oh, kamus!" Lega hati hitam Amirul teringat akan ciptaan unggul manusia untuk memudah penuturan bahasa indonesia. Usai itu, Amirul segera menghantar pesanan ke G8 on Whatsapp, "Betul ke kita nak pergi surabaya ni?"

MISAI
"Weh, depan ni belok kiri" arahan ringkas diberikan kepada bff yang dipaksa menghantarnya dan aiman ke LCCT saat pagi yang indah. Tapi malam masih muda, hati kecilnya masih pumpang shalik ingin mengambil angin malaysia kali terakhir di pusat peleseran indah kota kuala lumpur. "Weh sai, flight kerel dah sampai KLIA." Kata2 kosong Aiman budak hingusan mangsa buli sekolah rendah ibarat angin sepoi yang lalu melintasi ruangan kosong otak kecil Misai si tidak berotak.

 KEREL
"Haa, tu dia Misai dengan Aiman. Sampai dah pun." Setelah sejam setengah duduk bersila di tepian tangga, kerel melangkah kaki kanan ke arah dua manusia kacak itu. Malangnya, padah tidak berbau. Dua jejaka kacak itu bukannya Misai dan Aiman, tetapi M Daud Kilau dan pengurus beliau. Tanpa berlengah, lantas berpura2 menjawab telefon yang tidak berbateri. Terasa hidupnya kekosongan. Semenjak tiba di Malaysia sebentar tadi, Kerel tidak berteman. Oleh sebab itu lah Kerel menaiki ERL ke KL Sentral. Agar tidak kebosanan menunggu waktu penerbangan di pagi hari.

POOJA
Onomnomnom. Nom nom nom. Burp! Onomnomnomnom. Masih belum puas mengalas perut. Teng teng teng3x. Bunyi rasmi nokia berbunyi, "Hah? Ko sabar boleh tak? Aku on the way ni." Rigkas dan padat. Lalu mengambil bekal makanan untuk perjalanan menjemput miyoi.

AIMAN
Kereta kawan misai diberhentikan di kawasan yang agak jauh. Nampak sangat tak ikhlas nak hantar. Dah lah tak pasang aircond. Tingkap pun rosak. Ah. Asalkan minyak tak payah bayar. Sudut sudut gelap di KL Sentral itu diperhalusi dengan penuh perhatian. Terlihat bibit bibit pramugari mabuk masuk ke dalam van. Lantas aiman segera duduk. Postur badan optimum menerkam mangsa fikirnya. Setelah beberapa minit berlalu, kelihatan kelibat seorang lelaki berpakaian serabut keluar dari van sempit berbaur maksiat itu. Sambil membetulkan seluar, dia segera menyapa, "dah lama ke korang sampai?" Bukan main kengkang lagi. Lenguh ke?

KEREL
Badannya letih dan lesu, sukar hendak membetulkan tulang belakang. Kerel sudah berjam-jam tidak melabuhkan tirai. Setelah habis mesyuarat di Bangkok semalam, dia terus ke Lapangan Terbang Chulalongkorn untuk menaiki pesawat AK 7806 ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 Jam itu dirasakan sekejap sahaja kerana begitu seronok berdengkur di kerusi tepi tingkap. Oleh sebab itu juga lah, perutnya sekarang berasa pedih dan pilu kelaparan. Lantas, dia terus membawa Aiman dan Misai ke restoran makanan segera terdekat. Setelah makanan siap disediakan, kerel lekas berasa tidak senang pundi. Dijamahnya makan itu segera, dan terus menghala ke tandas. Aiman dan Misai patuh mengekor.

AIMAN
Sepantas kilat, kerel tiba di tandas awam KL Sentral dan memasuki pondok tandas pertama. Aiman tidak perlu membuang air, seorang yang sudah mahir dalam selok belok melancong sepertinya sudah membahagikan minuman secukupnya agar keadaan perlu kencing tidak hadir dengan tiba2. Aiman yakin, dia hanya perlu kencing di LCCT dengan kadar pengambilan cecairnya sekarang. Lain pula dengan si mentah Misai, turut tergesa-gesa ke tandas kerana takut tidak berjumpa lagi dengan tempat membuang air selepas ini. Dalam kelincahan misai ke pondok tandas kedua, dia dilihat terkejut dan segera keluar dari tandas itu pucat. Eh, asal ko misai? Bisik Aiman keseorangan. dengan bersahaja sesegera ingin memuaskan rasa ingin tahunya, Aiman menjengah. "WTF!" Tahi berdarah bersepai didalam tandas malang tersebut. Akibat menahan berak, seseorang telah buasir di dalam tandas. Aiman segera pitam.

MIYOI
"Aku rasa nak pijak lah muka misai tu. Bising je lebih. Hah. Ko parking sini pooja. Bas dah sampai tu. Ko x reti park elok elok ke anjing? bodoh~" Miyoi dengan bersahaja memaki Pooja yang obesiti. Kalau tak keranakan berat tangannya yang lebih 30KG itu, nescaya sudah lunyai Miyoi kena tumbuk. Tapi oleh kerana tidak mampu berbuat apa-apa, pooja hanya mampu menangis. Miyoi kelihatan serba salah, sudah tahu Pooja kuat menangis, masih lagi berkasar dengannya, "Ala pooja, jangan lah nangis, aku ade beli chewing gum ni. nah." dengan mudah, Miyoi terlepas daripada aib di depan orang ramai. Pooja menguyah chewing gum tersebut beberapa kali sebelum menelannya.

JAGUNG
"Mya.. Kita okay kan?" Dengan minda yang separa sedar, Jagung mudah menuturkan kata yang menjadi rutin hariannya sambil menunggang motor. Angin Kuantan yang segar bertiup sepoi, jagung sudah hampir sampai ke rumah sewanya. Setibanya jagung di rumah, segera beliau bertanya kepada G8 on Whatsapp, "eh, guys. dah packing belom?" ..... Tiada jawapan. Nampak sangat rakan-rakan sudah muak dengan lawak budak-budak tingkatan 5D yang masih digunakan sehingga kini. Jagung tidak pernah hendak maju. Lawaknya masih berada di tahap evolusi terbawah. Akibat banyak sangat meluangkan masa bersama Gaddafis ketika di Pasir Salak dahulu. Bukan itu sahaja, rakan-rakannya juga percaya Jagung tidak mampu melawak kerana jangkitan kuman di gigi hadapannya yang kian parah. Bagi mereka, lawak lawak Jagung hanyalah nyalakkan anjing tidak bertuan.

Jagung lantas membakar sebatang rokok sambil mengenang nasibnya yang malang. Sebelum beliau ditinggalkan tanpa tuannya yang sudah lama menjaga kebajikannya, beliau tekad mahu bermanja buat kali terakhir. "Guys, jangan nakal nakal dekat surabaya" .......

"Gong, jangan nakal-nakal tinggal dekat malaysia. Ko tu anjing kitorang. Menyalak elok elok. Jangan sampai orang baling batu kat muka ko. Takde orang nak tolong ko nanti. Kitorang jauh ni gong. Air asia x bagi bawak naik binatang peliharaan. Ko kena jaga kawasan. Tapi jangan gigit anak orang tau." Sebak Jagung mendengar amanat tuan tuannya itu."harap harap tuan belikan aku loket anjing kat surabaya nanti. heee"

"Guys, korang nak bertolak dah ke?"

"Ye ah gong. Dah nak masuk dah ni. wan dah sampai dah. aiman kerel ngan sai dah marah2 dah ni. dorg tunggu lama dah. sape suh sampai awal.. bye gong."

Jagung tidak mendengar apa-apa daripada kawan-kawannya lagi selama tiga hari.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





G8+1 IN SURABAYA was a blast. We had so much fun and it is ALL recorded on tape. You may ask any of us for the recordings if you are interested. Until the next event update then, Cheers!