Monday, October 5, 2009

G8-mimpi yang sempurna

2006

dengar cerita

tengahari khamis itu anak2 muda berkeliaran mencari makanan di pesta hari raya mrsm pasir salak. lauk pauk serta kuih raya bertaburan di atas meja menanti pemangsa2 untuk merobek dan meratah isi dara mereka. yang memisahkan antara mangsa dan pemangsa itu hanyalah tanah yang beberapa meter sahaja dan beberapa adik2 lower form yang menyemak.

seorang lelaki pertengahan tahun berbadan tegap menghampiri kumpulan kanak2 itu dan membuat suara garau yang difikirkan garang untuk menghalau mereka, dan mereka berlalu pergi.

tanpa beliau sedari, sewaktu beliau berhati2 menyusun kata2 sebentar tadi, air liur kuning beliau terlepas dari celahan gigi beliau yang sudah terkakis sejak dari kecil. patutlah budak2 tu lari~

datang segerombolan geng dan mengucapkan terima kasih atas usaha menghalau tersebut. lantas mengaut keuntungan makanan secara lahapnya.

kemudian kawanan pemangsa itu menghilangkan diri. ke tempat rahsia mereka dan tempat itu kelihatan seperti berasap...

tidak mereka sedari, peristiwa menghilangkan diri itulah yang membawa kepada persaudaraan yang kekal sehingga hari ini.



esoknya


mereka berkumpul di tapak ritual dan berbincang tentang masalah mereka. kiraan yang hadir pada perbincangan pada hari itu adalah 8.

A: ei korang, kite je ke yang berasap kat skola ni? selain daripada ayahanda ngan kawan2 jibai dye?

B: bodoh! berani ko hina ayahanda kita? nak kne sambar petir ke hape?

C: tah.. tapi aku rase kite lapan je yang berasap dlm form ni.. ader r gak budak2 lain yang dah stop..

D: ak ah.. kite ar paling gangster dlm alam ini..

E: okay guys, lets get serious. ape aktiviti kite seterusnye?

F: tah.. tapi kite kne ader nama dulu..

G: apa nama yang sesuai bagi kumpulan jahat kite ni? samseng sekolah berlapan?

H: korang ader tgk cerita meteor garden x? kan ader group f4 kat skola dorg..

A: ak ah.. tapi kite ader 8 orang.. dorg 4..

B: buruk gile letak nama f8.. cam butang kat keyboard je..

C: korang ingat x kata2 ustat shuk pagi jumaat kat jambatan aspuri tu? die cakap "saya x nak generasi kamu ni ada yang hisap rokoKKKKKk"!!!!!

D: ha.. so?

E: kite bagi nama generasi berlapan atau pun g8.

F: kitorang setuju..




itulah serba serbi sejarah penjenamaan g8.. banyak lagi kenangan yang sukar di gambarkan dengan kata2. tapi alangkah indahnya jika kenangan itu dihargai dan diingati.. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

-misai

2 comments:

  1. kenape ni post lame2 ko? kenape mcm mane aku nk login as admin?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete