Tuesday, August 23, 2011

G8 Ramadan Summit 2011


Tanggal 08.08.2011 (bersamaan 8 Ramadan 1432H), G8 bersaudara telah menyelesaikan salah satu daripada agenda tahunannya, iaitu berbuka puasa bersama-sama. Temasya yang diadakan setahun sekali ini merupakan rentetan dari kenangan semasa di MRSM Pasir Salak yang menyaksikan G8 berbuka puasa bersama setiap hari di L002.5. Wah, indah sungguh kenangan lama (gaya Miyoi sebut Wah!).

Maka, kerana cintakan memori yang terlalu indah, bermolokit bersama-sama serta menghanjing antara satu sama lain tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan, G8 telah berpakat dan bersetuju untuk mengadakan G8 Ramadan Summit 2011 iaitu majlis berbuka puasa secara berjemaah. Setelah itu, muncul tandatanya bila dan di mana majlis suci ini ingin diadakan. Lantas, tampil idea dari salah seorang ahli G8 bernama Aiman Ariff untuk menjalankan Agenda Tahunan G8 ini pada 8 haribulan 8 (8 Ogos 2011) kerana 8 merupakan nombor yang simbolik kepada mereka bersaudara.

*sumber: G8 on Facebook


Seperti kebiasaan, akan adanya AJK Setting untuk sebarang Agenda G8. Saudara Hazwan Ahmad atau Amszwan telah dilantik menerusi cadangan dan persetujuan perbincangan. Namun sayang sekali, kegagalan AJK Setting untuk merencana agenda pertemuan ini dengan baik, telah menyebabkan segelintir ahli G8 mogok dan memberontak kerana terlalu risau sekiranya majlis yang dirahmati Allah ini – berbuka puasa bersama-sama – gagal untuk disempurna. Ini adalah pengajaran kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai AJK Setting, jangan jadi seperti Misai yang seringkali dihina, dikutuk malah diludah ke dalam mulutnya cecair rahmat G8 iaitu kahak hijau saudara Jagung.

*sumber: G8 on Facebook


Sebagaimana yang dijanji, jam 4.15 petang bertempat di KTM Komuter Serdang merupakan tapak rasmi pertemuan ahli-ahli G8. Walaupun telah diingatkan beberapa kali untuk mencanakkan konek mereka di lokasi pertemuan pada waktu yang ditetapkan, namun sayang seribu kali sayang, apabila Jagung sahaja yang bermolokit di celah lautan manusia. Atok sedikit lewat kerana gagal mentafsir papan tanda KTM Komuter kerana masih baru di Kuala Lumpur. Misai terlalu sibuk menyorokkan kekasih hati di Kepulauan Borneo, Aiman sibuk memaki kerajaan atas kelewatan kereta apinya, Sepang Brothers (Amszwan, Pooja Konek Ginger dan Hasbang Biyui) seperti biasa, menyalahkan antara satu sama lain. Maka jam menunjukkan waktu 6 petang, barulah G8 cawangan Sepang tiba menaiki Naza Ria yang ketiadaan minyak.

Miyoi memaksa kami semua untuk membayar RM8 seorang untuk minyak petrol. Kami bersetuju tetapi kami cuma mahukan minyak Shell. Walaubagaimanapun, kerana kedegilan Hasbang Biyui, kami terpaksa akur apabila dia memasuki ke stesyen minyak yang saya terlupa namanya, rasanya Esso. Seperti biasa, semua membayar dengan penuh rasa berat. Jagung seperti biasa hanya membayar RM3. Apabila ditanyakan, ini sahaja yang dia ada. Macam biasalah Jagung, mengharapkan belas ihsan macamlah rakan-rakan G8 yang lain tidak mengenali kurik kundi tindakannya. Fuck Jagung untuk itu. Nasib baiklah Mogobja tampil untuk menyelamatkannya. Berdasarkan teori konspirasi yang difikirkan oleh rakan-rakan G8 yang lain, Jagung mungkin menyimpan rahsia yang menyebabkan Abang Berkonek Halia (Ginger) ini akur dan tunduk di bawah kelentit Jagung. Hanya Tuhan yang tahu. Selesai isu minyak.

Setelah minyak diisi sehingga separuh tank. Maka G8 bergerak dengan penuh gembira sambil tercanak-canak konek masing-masing. Seolah-olah tidak berpuasa. Hazwan yang paling gembira sekali kerana dia hanya boleh hisap rokok di Kuala Lumpur kerana terlalu cuak keluarganya boleh memerhati dari Rumah Api milik keluarganya di Negara Sungai Pelek. Maka seringkali isu hisap rokok dalam kereta di bulan Ramadan diutarakan olehnya, dan juga Saudara Jagung yang berpura-pura pernah mengadakan hubungan seks dengan gadis yang tidak boleh diberitahu nama di sini. Menempuh kesesakan lalu lintas di ibukota Kuala Lumpur menyebabkan begitu banyak sekali lawak yang dikeluarkan. Kereta-kereta yang lalu di luar juga menjadi mangsa kepada lawak-lawak G8 bersaudara tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Hasil cadangan seorang ahli G8, kami semua bersetuju untuk membuka puasa di D’Mamam Café di Tasik Titiwangsa. Masing-masing telah memesan makanan yang sama kecuali Miyoi dan Aiman. Buat pengetahuan semua, setiap kali Miyoi memesan makanan atau miniman, pastinya berlaku kesilapan. Di Maman Café, Mee Kari menjadi Mee Sup, di Look Out Point, Apple menjadi Mango. Jelas membuktikan kebodohan Abang Biyui ketika memesan sesuatu. Oh, seperti biasa, isu Jagung yang tak pernah selesai. Jagung tidak memesan makanan pada mulanya. Kenyang katanya. Kepala otak dia kenyang kalau dia tengah berpuasa. Ikutkan hati mahu dibiarkan sahaja dia makan lendir giginya, tetapi Mogobja sekali lagi menyelamatkannya. Kami semua sudah terlalu masak dengan perangai orang-orang yang melancap menggunakan senjata berbahaya ini.

Mogobja memperkenalkan cara buka puasa terbaru iaitu makan sambil hisap rokok. Inilah masalah apabila nikotin telah merosakkan pemikiran. Atok menunjukkan kepakarannya dalam menangkap gambar kononnya inilah masa untuk mempraktik apa yang telah diajar sepanjang pembelajarannya di maktab perguruannya. Wujud teori-teori baru mengenai Atok, antaranya, Atok tidak dapat mengajar muzik di sekolah kerana lubang di giginya yang menyebabkan dirinya tidak boleh meniup seruling dengan baik. Setelah selesai berbuka puasa secara rasminya – dengan menghisap rokok sepuas mungkin selepas makan – maka program G8 Ramadan Summit 2011 diteruskan.

Hentian pertama di Petronas Jalan Tun Razak kerana ada beberapa ahli G8 yang perlu mencucuk duit. Kemudian, perjalanan diteruskan iaitu melawat kawasan Bukit Bintang untuk menunjukkan kepada Atok erti kehidupan Kuala Lumpur. Atok yang begitu Langkap telah keluar dari bumbung bersama seorang lagi makhluk primitif yang wujud di dalam G8 iaitu Encik Bawang atau nama selepas diislamkan iaitu Hazwan bin Ahmad. Mereka berdua telah bersorak-sorak ibarat beruk masuk peti sejuk. Begitu ghairah sekali memberhalakan pusat ketamadunan negara, Kuala Lumpur. Miyoi cuba mempraktikkan teknik tawar harga bersama Ah So tukang urut batang di tepi Jalan Bukit Bintang. Mereka yang lain hanya mampu tergelak menambahkan lagi koleksi lawak dalam pemikiran mereka. Rata-rata, lawak-lawak G8 berkaitan dengan bau setanggi syurga dari mulut Jagung dan Atok. Tetapi kerana cintakan persahabatan, mereka kekal bersama G8 hingga ke akhirnya. Selesai meronda di sekitar Bukit Bintang, perjalanan diteruskan ke Look Out Point, Ampang.

Destinasi ini berbahaya kepada Atok kerana ketinggian altitud boleh menyebabkan kehakisan gigi. Naza Ria seolah-olah tidak larat untuk menaiki Bukit Ampang yang tinggi itu. Namun dengan ditemani lawak-lawak serta gelak tawa ahli-ahli G8, Van anjing UNITEN berjaya untuk tiba di atas. Mulanya, ops Ramadan cuba untuk dijalankan. Kebanyakkan ahli-ahli G8 mencanak-canak konek cuba mengintai aksi-aksi ranjang pelesit-pelesit kota di lereng bukit. Bagaikan anjing yang tersepit konek, berdarah-darah nafsu serakah mereka semua. Terutamanya Miyoi dan Jagung yang begitu rakus mahukan ahli-ahli G8 untuk melakukan segmen kantoi terhadap pesalah-pesalah Ramadan itu. Menggunakan lampu tinggi, kereta-kereta bercermin gelap telah disuluh mengguna G8 Mobile. Akhirnya, diputuskan bahawa melepak di lereng bukit adalah seperti hina dan terkutuk seperti Misai – Hazwan kata. Maka kami menuju ke tempat yang lebih tinggi, setinggi darjat dan kemuliaan G8. Sepanjang perjalanan, Misai menceritakan tentang kisahnya diusha oleh makcik di stesyen minyak kerana memakai seluar pendek di siang hari pada bulan Ramadan.

Setelah parking di tempat VIP dengan bayaran RM5, maka anjing-anjing G8 melepak di tepian bukit sambil menyaksikan panorama yang mengasyikkan. Atok tergamam sehingga giginya bernanah melihat kecantikan Kuala Lumpur di waktu malam. Maklumlah, di Langkap hanya ada 7Eleven sahaja yang beroperasi selepas 6 petang. Lampu jalan juga ditutup selepas waktu itu. Idea asal yang hanya minum sikit-sikit telah berubah. Air yang pelbagai perisa telah diorder. Malah shisha juga telah dipesan. Buat pengetahuan semua, Mogobja telah menaja kenikmatan shisha di atas bukit itu. Terima kasih buat Mogobja. Semasa berada di puncak, Hazwan Ahmad telah diserang penyakit, menyebabkan dirinya sakit perut dan terpaksa berak beberapa kali di atas sana. Namun, mengikut fakta perisikan, sebenarnya Hazwan telah pergi melancap selepas terjilat lendir mulut Jagung di penyedut shisha. Begitu banyak sekali memori yang telah ditangkap menggunakan Nikon dan Canon. Namun Amszwang yang kononnya hebat sebagai seorang jurugambar hanya upload 6 keping gambar walaupun telah menghubungi rakan photographernya untuk bertanyakan tentang tips-tips menangkap gambar dengan baik. Tapi kalau dah orang kampung celah Sulu Pelek, tak guna juga. Ada juga mengatakan bahawa Abang Amszwan tak reti upload gambar? Wallahualam. Miyoi pula telah menelan air yang telah dikahakkan oleh pekerja-pekerja di situ kerana tidak berpuas hati dengan muka Miyoi yang palat semasa mintak order.

Lawak terus diputarkan. Penghinaan, cercaan dan aktiviti menghanjing antara satu sama lain berterusan dilaungkan oleh mereka semua. Namun sebagaimana falsafah G8, tidak sepatutnya ada yang terasa kerana kita semua bebas menghina antara satu sama lain. Setelah tamat beraktiviti di atas sana, sebelum pulang, kami sempat mengambil gambar dengan bantuan brader rempit yang merupakan anjing parking yang menjaga kemuliaan G8 Mobile. Pengembaraan terberhenti setakat itu. Selepas itu, misi penghantaraan pulang kontinjen G8 dimulakan. Calon pertama yang dihantar adalah Aiman. Kisah yang seterusnya tidak dapat saya kongsikan kerana saya telah dibuang di KLCC oleh pencacai-pencacai G8 disitu. Apa yang penting adalah, program raksasa ini telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua, kami berdoa agar Moy yang sentiasa di hati dan wujud di setiap jelmaan hitam yang kami temui dapat turut dalam pengembaraan G8 yang seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah, Party Raya G8. Wassalamu.

No comments:

Post a Comment